UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :HD Industries. Land use. Labor
Main Author :Che Leh Fauziah,
Title :Hubungan universiti-industri dalam konteks pembangunan ekonomi setempat: kajian kes UPSI dan kilang Proton Tanjong Malim (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pembangunan ekonomi setempat merupakan suatu proses yang melibatkan kerajaan tempatan atau kumpulan berdasarkan komuniti menguruskan sumber masing-masing dan mewujudkan usahasama dengan sektor perindustrian bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dalam zon ekonomi yang selesa. Dengan kata lain, pembangunan ekonomi setempat amat memerlukan sokongan daripada sektor industri. Dalam konteks kajian ini, pembangunan ekonomi di Daerah Tanjong Malim cuba dikaitkan dengan faktor sejauh mana integrasi yang berlaku antara universiti (UPSI) dan industri (Kilang Proton Tanjong Malim) sebagai pemangkin pembangunan ekonomi setempat. Kajian ini berdasarkan kepada pendekatan struktur dan penelitian secara mendalam terhadap dokumen yang khusus contohnya Rancangan Tempatan Tanjong Malim - Slim River, 1998-2010 dan dasar 'UPSI Baru'. Sementara temu bual tidak berstruktur dengan perancang seperti Pengurusan tertinggi kilang proton dan Majlis Daerah Tanjong Malim dilakukan. Didapati, UPSI dan Kilang Proton Tanjong Malim merupakan penyumbang utama kepada penawaran peluang pekerjaan bukan sahaja kepada penduduk sekitar Daerah Tanjong Malim malahan melibatkan daerah luar Tanjong Malim. Namun, sumbangan yang wujud adalah dalam bentuk persendirian bukan hasil integrasi daripada kedua-dua belah pihak. Hal ini berlaku kerana UPSI dan Kilang Proton Tanjong Malim belum mampu melakukan perkongsian strategik kerana bentuk penawaran input yang berlainan. Namun didapati apabila dasar 'UPSI Baru' diimplimentasikan la akan membuka ruang dan peluang yang lebih luas untuk memastikan integrasi antara keduadua institusi ini sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)